Scan & Get our app!
Get our app!
Download our app and stay connected on the go.
Scan & Get our app!
Scan QR-code to download our app and stay connected on the go.
Perhubungan pelabur, atau ringkasnya IR, ialah jabatan khusus yang berfungsi sebagai satu bahagian perniagaan. Lazimnya, jabatan ini terdapat dalam organisasi awam. Misi utamanya adalah untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas tentang prestasi syarikat.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan cara perhubungan pelabur saham berfungsi dan sebab pedagang sebenarnya memerlukannya.
IR menerangkan hal ehwal syarikat dengan setepat mungkin. Pelabur boleh menggunakan maklumat ini untuk membuat keputusan yang berasaskan maklumat dan menilai potensi pelaburan syarikat. IR lazimnya digunakan oleh pedagang institusi dan individu.
Perkara berikut perlu diambil kira:



Dalam hal perhubungan pelabur bagi saham, pedagang mencari data penting yang dapat membantu mereka menilai potensi keuntungan syarikat. Maklumat ini membolehkan mereka menentukan sama ada saham yang didagangkan secara awam sesuai untuk dilaburkan. Jabatan IR bertanggungjawab menyediakan data penting ini.
Lazimnya, bahagian ini merupakan cabang perhubungan awam atau beroperasi sebagai subbahagian yang berasingan. Misi utamanya adalah untuk mewujudkan maklum balas dan komunikasi yang berkesan antara syarikat dengan pemegang saham, pelabur dan anggota komuniti kewangan yang lain. Bahagian ini biasanya ditubuhkan sebelum syarikat mula menawarkan sahamnya kepada orang ramai, iaitu pada peringkat IPO (sebelum tawaran awam permulaan). Fasa ini melibatkan:
Dengan kata lain, IPO merupakan sejenis fasa prototaip. Fasa ini membantu mewujudkan saluran komunikasi dan maklumat yang sesuai, serta struktur perhubungan awam yang tersusun.
Contohnya, sebuah syarikat memutuskan untuk menubuhkan bahagian hubungan pelabur (IR). Pada peringkat IPO, sesetengah pedagang mula berminat dengan potensi pelaburan syarikat itu. Mereka memerlukan maklumat lanjut tentang syarikat, termasuk maklumat kuantitatif dan kualitatif. Di sinilah jabatan hubungan pelabur menyediakan penerangan produk yang tepat, termasuk penyata kewangan, statistik, struktur organisasi syarikat dan maklumat penting yang lain.
Untuk memahami keperluan utama, kita perlu mengenal pasti tugas utama yang dipertanggungjawabkan kepada pakar IR. Lazimnya, mereka ditugaskan untuk menyelaraskan dan mengendalikan mesyuarat pemegang saham. Tugas ini juga merangkumi penyediaan siaran media dan sidang akhbar, penganjuran taklimat analisis, penerbitan laporan kewangan dan banyak lagi.
Berdasarkan tugas yang dinyatakan di atas, keperluan utama bagi pasukan IR termasuklah penyepaduan rapat dengan sistem perakaunan syarikat melalui jabatan undang-undang dan perakaunan. Selain itu, fungsi hubungan pelabur yang berkesan perlu disokong oleh kerjasama rapat dengan kumpulan pengurus eksekutif, COO, CFO serta pakar operasi dan eksekutif yang lain.
Hubungan Pelabur ialah jabatan penting yang memainkan peranan utama dalam proses komunikasi antara bakal pelabur dengan syarikat. Misi utama IR adalah untuk membentuk pandangan awam yang menarik dan positif serta menyediakan data yang jelas bagi mengenal pasti peluang pelaburan. Prestasi pasukan IR akan mempengaruhi tahap minat keseluruhan komuniti pelaburan.
Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.