Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Cara Berdagang Forex pada Hujung Minggu – Petua untuk Pemula

Salah satu kelebihan dagangan Forex ialah pasaran FX beroperasi sepanjang masa. Ringkasnya, anda boleh membuka dagangan pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Namun, hal ini tidak terpakai pada hujung minggu. Bukan pedagang sahaja yang perlu berehat, malah bursa mata wang juga.

None

Sebagai alternatif, pelabur boleh memanfaatkan instrumen dan pasaran lain yang boleh diakses pada hujung minggu. Jika anda benar-benar meminati dagangan Forex, gunakan waktu rehat ini untuk meningkatkan kemahiran, menambah ilmu, menguji semula strategi menggunakan data lampau dan membuat kajian pasaran.

Kunci kejayaan ialah memanfaatkan hujung minggu. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan sebab pasaran Forex ditutup pada hujung minggu dan cara anda boleh menggunakan waktu rehat yang singkat ini untuk meningkatkan peluang anda untuk berjaya.

Mengapa Dagangan Forex Ditutup pada Hujung Minggu?

Pasaran FX biasanya ditutup pada hujung minggu. Hal ini kerana semua peserta pasaran, termasuk bursa utama dan pembeli Forex, hanya beroperasi pada waktu bekerja. Namun, apabila pasaran FX dibuka, itu tidak bermakna anda juga perlu berdagang. Ini peluang yang baik untuk merancang tindakan lebih awal dan menambah baik strategi Forex bagi minggu baharu.

Sebagai pedagang Forex, anda perlu mengetahui waktu dan sesi dagangan utama yang berlangsung di seluruh dunia. Setiap sesi mempunyai ciri yang berbeza bergantung pada lokasi bursa, dan anda perlu mengambil kira ciri-ciri ini semasa merangka strategi.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Sesi Dagangan Forex Utama

Lihat jadual ini dan hafal semua sesi serta waktu dagangan utama. Anda memerlukannya untuk mengurus rutin dagangan harian.

SESSION MAJOR MARKET TIME (GMT)
US NEW YORK 13:00 – 22:00
ASIAN TOKYO 00:00 – 09:00
EUROPEAN LONDON 08:00 – 17:00

Bagaimana Meningkatkan Kemahiran dengan Berdagang Forex pada Hujung Minggu?

Dagangan Forex pada hujung minggu membuka peluang baharu untuk menambah baik pendekatan anda. Anda boleh mengembangkan kemahiran tertentu serta meningkatkan pengetahuan asas tentang pasaran. Langkah-langkah berikut dapat membantu anda mencapai lebih banyak kejayaan dalam jangka panjang.

1. Gunakan Sumber Pendidikan Percuma

Belajar sahaja tidak pernah mencukupi, lebih-lebih lagi dalam dagangan Forex. 95% pedagang baharu gagal kerana mereka tidak mengambilnya dengan serius. Hujung minggu ialah peluang untuk menambah ilmu melalui pelbagai sumber percuma yang menawarkan pembelajaran menyeluruh.

Kemungkinan besar broker Forex dalam talian anda menganjurkan seminar dan webinar percuma yang dikendalikan oleh pakar berpengalaman. Jangan lepaskan peluang untuk belajar daripada yang terbaik. Selain itu, anda boleh mendapatkan pandangan khusus dan contoh situasi sebenar yang diterangkan oleh pedagang profesional.

Berikut ialah manfaat yang boleh anda peroleh:

  • Artikel pendidikan serta hantaran blog dan panduan untuk pemula.
  • Seminar kewangan percuma yang membolehkan anda mempelajari pengalaman sebenar daripada pakar berpengalaman.
  • Webinar dalam talian yang menyediakan panduan, penerangan terperinci tentang maklumat asas dan tutorial untuk pedagang pada semua peringkat.

2. Manfaatkan Broker Forex Anda Sepenuhnya

Petua kedua ialah memanfaatkan sepenuhnya broker Forex dalam talian anda. Platform dagangan yang dipercayai menyediakan pelbagai alat untuk membantu pelanggan membangunkan kemahiran yang diperlukan. Lebih banyak anda berdagang, lebih banyak keuntungan yang diperoleh broker. Oleh itu, broker sememangnya berminat untuk memastikan pedagangnya berada dalam keadaan yang baik.

Anda disarankan untuk mencari alat terbina dalam yang membolehkan anda menganalisis pasaran. Selain itu, anda boleh menggunakan ciri ujian belakang (back-testing) dan mencuba pelbagai strategi Forex dalam keadaan pasaran sebenar untuk menentukan strategi yang paling sesuai untuk anda.

Proses ini melibatkan pemprosesan data harga terdahulu dan tempoh masa dalam carta Forex yang dipilih. Proses ini membantu pedagang memahami pergerakan pasaran dan kemungkinan perubahannya. Sesetengah platform menyediakan laporan terperinci, tinjauan pasaran dan analisis yang juga berguna untuk dipelajari.

3. Rancang dagangan anda lebih awal

Satu lagi petua berguna untuk hujung minggu ialah merancang strategi anda lebih awal. Apabila pasaran ditutup, pedagang tidak berpeluang membeli atau menjual aset. Semua peserta pasaran perlu berundur dan menunggu.

Pakar menggunakan masa ini untuk meneliti aktiviti dagangan atau aset yang akan menjadi tumpuan pada minggu berikutnya. Anda disarankan untuk menyimpan jurnal dagangan yang mencatatkan setiap peringkat (pasangan mata wang, harga, kadar pertukaran, waktu dan sebagainya). kalendar ekonomi ialah satu lagi alat penting untuk merekodkan semua dagangan dengan teratur dan merancang strategi lebih awal.

Kesimpulannya

Ada masanya anda perlu berehat. Inilah masa yang sesuai untuk menyemak aktiviti anda sebelum ini dan mengenal pasti aktiviti yang mungkin memberikan hasil lebih cepat. Kami mengesyorkan agar anda mencatat dagangan yang menguntungkan mahupun yang merugikan. Satu lagi petua ialah memastikan idea yang masih belum dilaksanakan jelas dan dirumuskan dengan baik.

Berdagang Forex pada hujung minggu ialah peluang yang baik untuk berehat daripada carta Forex dan angka yang tidak berkesudahan. Gunakan masa ini untuk menenangkan fikiran dan menyegarkan semula tubuh serta minda. Anda juga boleh memanfaatkan masa ini untuk pembangunan diri dan pembelajaran, serta memperoleh kemahiran penting baharu yang akan berguna kelak.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.