Scan & Get our app!
Get our app!
Download our app and stay connected on the go.
Scan & Get our app!
Scan QR-code to download our app and stay connected on the go.

Kini sudah masuk minggu ketiga sejak konflik Rusia-Ukraine bermula. Kesannya terhadap ekonomi global masih amat ketara. Syarikat-syarikat paling berpengaruh di dunia terus menggantung operasi mereka di Rusia dengan Sony, Nintendo, Caterpillar, Honeywell dan syarikat lain baru sahaja menyertai pengunduran besar-besaran ini. Visa dan Mastercard telah menghentikan perkhidmatan untuk kad Rusia hari ini.
Sebagai tindak balas terhadap sekatan menyeluruh yang dikenakan ketika ini, Rusia telah memberi amaran kepada negara-negara Barat tentang nasionalisasi aset asing yang tidak aktif. China turut menentang sekatan dan menyalahkan Barat atas ketegangan yang tercetus. Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian, baru sahaja menyatakan bahawa kerajaan China akan mengambil tindakan tegas jika negara-negara Barat memberi tekanan kepada syarikat China berikutan sekatan yang dikenakan terhadap Rusia.
Menyentuh tentang masa depan, para pemimpin negara Kesatuan Eropah akan menghentikan pembelian minyak, gas dan arang batu dari Rusia secara berperingkat untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sumber tenaga Rusia. Oleh itu, kadar baharu bakal menyusul.
Mari kita lihat reaksi aset utama pada 10 Mac.
Pergerakan aset tidak menentu, dengan sesetengahnya menunjukkan kecenderungan neutral. Berikut ialah trend yang dikenal pasti ketika ini.
Ikuti trend bersama broker terkemuka di Asia Pasifik yang menawarkan syarat dagangan paling menguntungkan:
Berdagang dengan selamat dan nikmati syarat dagangan terbaik bersama MTrading!
Semoga tuah dagangan menyebelahi anda!