Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?
Denis Sergienko • Hari Ini

Emas Kekal Berada pada Kedudukan Kukuh Walaupun Pasaran Komoditi Merosot

Emas Kekal Berada pada Kedudukan Kukuh Walaupun Pasaran Komoditi Merosot

Indeks komoditi mencatat pulangan yang tinggi pada separuh pertama tahun ini walaupun sektor-sektor utama merosot teruk. Indeks BCOM berjaya meningkat sekitar 33% antara Januari dengan Jun 2022.

Namun, pasaran komoditi nampaknya bakal turut mengalami trend menurun, selepas mencatatkan kemerosotan sepanjang bulan lalu. Hal ini menyebabkan pelabur tidak pasti sama ada pasaran ini mampu pulih. Berita baiknya, kedudukan emas masih kukuh.

Apa yang sedang berlaku?

Ketika Fed mengetatkan kredit dan menaikkan kadar faedah sebanyak 0.75%, sementara pelabur mula mengambil kira kemungkinan kemelesetan, adakah benar ini masa untuk mengetepikan komoditi? Satu perkara yang jelas: pedagang sedang mencari kepelbagaian. Di satu pihak, mereka mencari pendedahan kepada sektor lain. Di pihak yang lain, penasihat masih menghargai emas. Jadi, kita boleh katakan bahawa belum tiba masanya untuk bertindak melulu.

Isyarat pasaran terus mengelirukan pelabur yang cuba mengenal pasti kemuncak inflasi. Jika kita melihat harga komoditi di seluruh dunia, kebanyakannya telah pulih atau jatuh sehingga lebih rendah daripada nilai asalnya yang dicatatkan pada bulan Februari (sebelum konflik Rusia-Ukraine).

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Namun, peristiwa geopolitik bukan puncanya. Trend yang lebih luas bermula pada tahun 2020, apabila harga minyak mentah menjunam bersama komoditi lain. Sebaliknya, komoditi ETF jangka pendek dan dividen mencatatkan peningkatan ketara pada separuh pertama tahun ini, dengan pertambahan kira-kira $15 bilion.

Pasaran juga menyaksikan peningkatan permintaan terhadap ETF logam popular seperti GLD dan IAU, yang merupakan alat utama untuk memastikan portfolio ETF komoditi mempunyai kepelbagaian seluas mungkin. Pelabur mendapat pendedahan kepada logam berharga utama termasuk emas, serta sektor bon lain seperti tenaga dan pertanian.

Penasihat masih menyukai emas

Sejak Fed mula menaikkan kadar faedah, harga emas telah merosot kira-kira $300 seauns. Pada masa yang sama, USD menjadi tempat berlindung yang selamat bagi pelabur. Pada pandangan pertama, harga emas mungkin kelihatan bertindak balas secara negatif terhadap pengukuhan dolar.

Namun, hubungan antara USD dengan emas agak bertentangan. Kita sepatutnya menjangkakan dolar akan menghadapi tekanan yang lebih hebat dalam masa terdekat, terutamanya dengan mengambil kira inflasi yang terus meningkat dan persekitaran kadar faedah yang semakin tinggi. Mata wang itu boleh menjadi tidak stabil dan merosot jauh di bawah paras semasa. Dalam keadaan ini, kedudukan emas kelihatan kukuh. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah memantau faktor utama yang mempengaruhi harga emas.