Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Penerangan tentang Kadar Penyertaan Tenaga Buruh

Kadar penyertaan tenaga buruh ialah metrik penting dalam analisis fundamental. Metrik ini boleh digunakan untuk menjejaki aktiviti tenaga buruh sesebuah negara. Metrik ini mengukur aktiviti pekerjaan penduduk berumur 16 tahun ke atas. Pada masa yang sama, metrik ini turut menggambarkan mereka yang telah berhenti bekerja tetapi masih bersedia untuk mencari pekerjaan. Inilah perbezaan antara kadar penyertaan tenaga buruh dengan kadar pengangguran.

None

Metrik ini berguna kepada pelabur jangka panjang yang ingin menilai keadaan ekonomi sesebuah negara. Metrik ini boleh menjadi alat yang penting kerana nilainya dipengaruhi bukan sahaja oleh faktor ekonomi, tetapi juga faktor sosial dan demografi yang turut menjadi parameter fundamental utama.

Apakah Kadar Penyertaan Tenaga Buruh?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kadar penyertaan tenaga buruh ialah metrik untuk menganalisis tahap pekerjaan dan pengangguran sesebuah negara. Kelebihan utama metrik ini ialah kebolehannya menjejaki bukan sahaja mereka yang sedang bekerja, tetapi juga mereka yang sedang mencari pekerjaan.

Metrik ini tidak merangkumi mereka yang ditempatkan di institusi atas apa-apa sebab atau anggota tentera. Pakar menganggapnya sebagai alat yang lebih boleh dipercayai berbanding kadar pengangguran kerana kadar penyertaan tenaga buruh turut merangkumi mereka yang telah berhenti mencari pekerjaan di luar rumah. Pada masa yang sama, pakar mengesyorkan pelabur menggunakan kedua-dua metrik ini bersama-sama untuk mendapatkan gambaran pasaran buruh yang lebih mendalam dan analisis yang lebih menyeluruh.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Berikut ialah beberapa perkara penting untuk diingati:

  • Kadar ini merangkumi semua orang dalam usia bekerja yang sama ada bekerja atau sedang mencari pekerjaan baharu (data ditunjukkan dalam bentuk peratusan).
  • Berbanding kadar pengangguran, metrik ini dapat memberikan lebih banyak perspektif tentang keadaan ekonomi serta data dan maklumat berkaitan.
  • Kadar ini boleh dipengaruhi oleh tiga faktor utama: demografi, ekonomi dan sosial.
  • Kadar ini telah menurun secara berterusan sejak tahun 1990.

Bagaimana Mendapatkan Kadar Penyertaan Tenaga Buruh?

Pelabur boleh mendapatkan kadar yang tersedia untuk digunakan sebagai sebahagian daripada maklumat ekonomi utama, bersama analisis fundamental tambahan. Cara lain ialah menggunakan formula kadar penyertaan tenaga buruh untuk mengira metrik ini sendiri. Walau apa pun pilihan anda, anda perlu memahami dengan baik tiga faktor utama yang boleh mempengaruhi kadar ini dengan ketara.

Faktor Demografi

Antara faktor yang boleh mempengaruhi kadar penyertaan tenaga buruh ialah bilangan orang yang hampir mencapai atau baru sahaja mencapai umur persaraan. Semakin ramai dalam kohort ini meninggalkan usia bekerja, semakin ketara penurunan kadar tersebut.

Selain itu, metrik ini boleh menurun disebabkan oleh keperluan pendidikan yang baharu. Pada masa kini, orang ramai boleh memasuki universiti dan institusi pendidikan lain pada usia yang lebih muda. Kita juga perlu mengambil kira golongan baby boomer yang terus mencapai usia persaraan, yang menjejaskan kadar penyertaan penduduk dalam usia bekerja.

Faktor Ekonomi

Faktor ini sangat penting bagi pelabur yang mencari maklumat pasaran tambahan. Nampaknya, trend ekonomi jangka panjang dan jangka pendek boleh mempengaruhi kadar ini dengan cara yang berbeza. Bagi trend jangka panjang, faktor seperti pengumpulan modal dan perindustrian perlu dipertimbangkan.

Dengan perkembangan perindustrian, lebih ramai orang menyertai tenaga buruh kerana faktor ini mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Sebaliknya, kekayaan yang terkumpul boleh mengurangkan bilangan orang yang bekerja atau yang berminat untuk mencari pekerjaan baharu.

Bagi trend jangka pendek, faktor utamanya ialah kadar pengangguran dan pelbagai kitaran perniagaan. Apabila kemelesetan berlaku, orang ramai mungkin berasa tawar hati dan kurang cenderung mencari pekerjaan baharu. Kadar penyertaan tenaga buruh pun menurun.

Faktor sosial

Salah satu faktor sosial utama ialah hak dan peluang pekerjaan yang sama rata untuk wanita dan lelaki. Sebagai contoh, penyertaan wanita dalam tenaga buruh meningkat lebih dua kali ganda daripada 32% pada 1948 kepada 60% pada 1998.

Formula Kadar Penyertaan Tenaga Buruh

Jika anda ingin mengetahui cara mengira kadar penyertaan tenaga buruh, anda hanya memerlukan formula mudah:

Kadar Penyertaan Tenaga Buruh = Jumlah Tenaga Buruh (Bekerja + Menganggur) / jumlah penduduk awam yang tidak tinggal di institusi

Seperti yang telah dinyatakan, kadar ini terus menurun sejak 1990. Selain itu, pandemik turut memberikan kesan negatif apabila semakin sedikit orang mencari pekerjaan baharu di luar rumah.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.