Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Petua Menggunakan Penunjuk Donchian Channel

Penunjuk Donchian Channel membantu pedagang mengenal pasti keadaan pasaran bearish dan bullish yang ekstrem, dengan potensi penembusan, pembalikan, kejatuhan atau kemunculan trend baharu. Selain itu, penunjuk ini mengesan paras tertinggi dan terendah harga. Dibangunkan oleh Richard Donchian pada awal tahun 1980-an, penunjuk ini terdiri daripada beberapa elemen asas yang perlu diketahui oleh pedagang untuk menggunakan alat ini dengan betul dalam keadaan pasaran sebenar.

None

Dalam artikel ini, kita akan mempelajari cara penunjuk Richard Donchian berfungsi dan perbezaannya daripada Bollinger Bands. Selain itu, anda akan mengetahui petua profesional yang jarang dikongsi serta kesilapan lazim yang perlu dielakkan semasa menggunakan alat ini. Mari kita mulakan.

Penjelasan tentang penunjuk Donchian Channel

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, penunjuk ini dibangunkan oleh Richard Donchian. Ia diperkenalkan lebih 20 tahun lalu. Namun begitu, penunjuk ini masih popular dalam kalangan pedagang dan pelabur pada semua peringkat. Bagi pemula, penunjuk ini mungkin agak rumit pada mulanya. Walau bagaimanapun, anda hanya memerlukan sedikit masa untuk memahami cara alat ini berfungsi dan cara menggunakannya.

Pertama sekali, mari kita lihat tiga elemen utama yang membentuk penunjuk ini. Elemen tersebut ialah tiga garisan yang diplot berdasarkan pengiraan purata bergerak:

  1. Jalur atas (biasanya paras tertinggi 20 hari);
  2. Jalur bawah (berlawanan dengan paras tertinggi, iaitu paras terendah 20 hari);
  3. Jalur tengah – purata antara jalur bawah dengan jalur atas.

Jalur tengah ialah kawasan tempat penunjuk itu terbentuk.

Apakah yang boleh diberitahu oleh penunjuk Donchian Channel kepada pedagang?

Tujuan utama penggunaan penunjuk Donchian Channel adalah untuk melihat hubungan antara julat dagangan dengan harga semasa dalam tempoh masa tertentu. Penunjuk ini menggunakan tiga nilai utama yang telah dibincangkan sebelum ini untuk membentuk gambaran visual harga (seperti Bollinger Bands, namun kedua-dua penunjuk ini berbeza). 

Hasilnya, pedagang dapat melihat sejauh mana kecenderungan menurun atau menaik dalam tempoh masa tertentu. Untuk mengenal pasti momentum menaik, pedagang menggunakan garisan atas dan sebaliknya — garisan bawah membantu mengenal pasti aktiviti menurun.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Kesilapan lazim yang perlu dielakkan apabila menggunakan penunjuk Donchian Channel

Sesetengah pedagang baharu tidak tahu cara menggunakan penunjuk ini dengan betul lalu mula berdagang secara membuta tuli berdasarkan jalurnya. Ada yang beranggapan bahawa jalur atas harga menunjukkan keadaan pasaran terlebih beli dan harga mungkin berbalik pada paras yang lebih rendah. Oleh itu, mereka membuka posisi jual.

Itu salah! Sebenarnya, dalam aliran menaik, harga boleh bergerak rapat pada jalur atas untuk tempoh yang lebih lama dan tidak semestinya berbalik arah. Dalam erti kata lain, penunjuk ini TIDAK berfungsi untuk mengenal pasti keadaan pasaran terlebih jual atau terlebih beli.

Perbezaan antara Donchian Channel dengan Bollinger Bands

Bollinger Bands mengambil kira turun naik pasaran dan melaraskan nilainya sewajarnya. Sebaliknya, nilai penunjuk Donchian Channel adalah tetap berdasarkan paras tertinggi dan terendah dalam tempoh masa tersebut.

Kesimpulannya

Daripada artikel hari ini, kita mengetahui bahawa Donchian Channel tergolong dalam kategori penunjuk yang mengikuti trend. Penunjuk ini terdiri daripada tiga jalur utama yang membantu menentukan momentum menurun dan menaik. Namun begitu, penunjuk ini mungkin mempunyai batasan tertentu dan menghasilkan isyarat palsu yang boleh disalah tafsir oleh pedagang. 

Walau apa pun, jangan sekali-kali menggunakan penunjuk ini untuk mengenal pasti keadaan pasaran terlebih beli atau terlebih jual. Anda boleh menggabungkan alat ini dengan penunjuk teknikal lain seperti ATR, contohnya. Gabungan ini membolehkan anda mengesan penembusan mendadak dan pembalikan harga yang mungkin tidak dapat dilihat oleh pedagang lain. Jangan lupa menggunakan alat pengurusan risiko dan menggunakan henti rugi bergerak.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.