Scan & Get our app!
Get our app!
Download our app and stay connected on the go.
Scan & Get our app!
Scan QR-code to download our app and stay connected on the go.

Simposium Jackson Hole ternyata mengejutkan pasaran apabila bank pusat global, diketuai oleh Pengerusi Fed Jerome Powell, memilih untuk menaikkan kadar dan bukannya bimbang tentang kemelesetan. Komen hawkish daripada beberapa penggubal dasar mendorong hasil Perbendaharaan AS meningkat dan membantu Indeks USD (DXY) mencatatkan paras tertinggi berbilang tahun yang baharu.
Selain ucapan hawkish daripada pegawai bank pusat, kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi turut membebani sentimen pasaran dan menyokong pembeli dolar AS.
Akibatnya, kekuatan dolar AS menekan harga mata wang Antipodean dan komoditi. Logam asas mencatatkan kerugian terbesar, diikuti oleh emas. Namun, perlu diketahui bahawa kebimbangan tiadanya perjanjian minyak antara AS dengan Iran dalam masa terdekat dilihat telah mendorong kenaikan harga minyak mentah.
Di luar jangkaan, mata wang kripto utama mungkin melantun daripada paras terendah bulanan yang dicatatkan pada Jumaat, didorong oleh aktiviti menutup posisi jual dan cuti di UK.
Berikut ialah pergerakan terkini aset utama:



Dengan sokongan padu daripada Pengerusi Fed Jerome Powell terhadap kenaikan kadar faedah, penggubal dasar di bank-bank pusat utama yang lain turut mengambil langkah serupa meskipun kebimbangan kemelesetan semakin memuncak. Hal ini mencetuskan kebimbangan bahawa langkah hawkish itu boleh mempercepatkan kelembapan ekonomi. Selain itu, keraguan bahawa dasar monetari sahaja tidak akan mampu membendung inflasi dan mengatasi kemelesetan, bersama-sama ketegangan antara China dengan AS, menambah tekanan menurun terhadap sentimen risiko. Faktor-faktor ini, bersama-sama jangkaan Fed yang hawkish dan hasil bon yang tinggi, mendorong pengukuhan dolar AS.
Hasil bon AS yang lebih tinggi turut mendorong kenaikan harga USDJPY apabila Gabenor BOJ menegaskan semula sokongannya terhadap dasar monetari longgar. Sebaliknya, petunjuk rangsangan daripada penggubal dasar ECB mahupun Jerman gagal memulihkan EUR, sedang krisis tenaga semakin meruncing di blok itu dan di UK.
AUDUSD mencatatkan prestasi paling lemah dalam kalangan pasangan mata wang G10 meskipun Jualan Runcit Australia lebih kukuh, manakala harga emas merosot hampir 1.0%, mendorong penjual menjangkakan paras terendah baharu tahun ini. Sementara itu, minyak Brent naik lebih 1.0% berikutan kebimbangan tentang kekurangan bekalan yang semakin meruncing apabila pemotongan pengeluaran OPEC+ semakin hampir, selain kemungkinan minyak Iran tiba lebih awal yang semakin tipis.
BTCUSD dan ETHUSD mengejutkan para peserta pasaran apabila masing-masing meningkat hampir 2.0% meskipun dolar AS mengukuh dan sentimen pesimistik menyelubungi peralihan ekonomi.
Beli kuat: USDJPY
⏬ 🔴 Isyarat jual kuat: ETHUSD
⬆️ 🟢 Beli: Indeks USD, USDCAD, Nasdaq
⬇️ 🔴 Jual: DAX, FTSE 100, emas, BTCUSD
Cuti hujung minggu yang lebih panjang di UK mungkin menyebabkan permulaan minggu penting ini bergerak perlahan. Minggu ini merangkumi laporan pekerjaan AS bagi bulan Ogos. Namun, kenyataan pegawai Fed mungkin menarik perhatian pedagang. PMI AS peringkat kedua, serta data inflasi zon euro dan Jerman, juga penting. Perlu diperhatikan bahawa amaran Powell tentang keadaan ekonomi dan pasaran buruh meningkatkan kepentingan laporan Senarai Gaji Bukan Ladang AS (NFP) minggu ini.
Manfaatkan trend bersama Broker terbaik di Asia Pasifik. Kami menawarkan syarat dagangan yang menarik, perkhidmatan Copy Trade berkualiti tinggi dan program rujukan IB yang memenangi pelbagai anugerah.
Berdagang dengan selamat dan nikmati keadaan dagangan yang paling menguntungkan bersama MTrading!
Semoga tuah dagangan menyebelahi anda!